Jom Masuk Utan - Gunung Yong Yap (SS) april 2011


Ketinggian yang mencecah 7114 kaki dari paras laut dengan suhu yang serendah 13 darjah celcius cukup mendinginkan pagi yg indah yg dihiasi sunrise dari ufuk timur dengan lautan awan yg perlahan berombak tanpa sedikitpun yg bergelora..ketenangan wujud di situ dengan siulan kelicap dan angin yg lembut semestinya membuat anda jatuh cinta dengan puncak Yong Yap yg penuh dengan cerita di sebalik kewujudan gunung ini..nak tau lebih lanjut tentang gunung yg ke 6 tertinggi di semenanjung Malaysia ni?kene la join..haha!

Date : 29 April -1 Mei 2011
Ketinggian : 7110 ft (2167 meter)
Kondisi Masa : 3 hari 2 malam
Keluasan Kem Site : maximum yg selesa 35 orang
Location : Sg.Siput, Perak
Entrance : Kg. Kuala Mu(off road daripada Kg Lasah,sg. Siput)
Trek : biasa dan santai
Puncak : terbaik!!(view of trans titiwangsa,Cameron highlands, dan gunung disekitarnya)
COST : RM120 (Guide, Permit, 4WD, Goodies) + RM20(kalo nak makan skali)

INTRODUCTION & TENTATIV
Gunung Yong Yap yang mempunyai ketinggian 7110 kaki dari paras laut merupakan gunung ke-6 tertinggi di semenanjung Malaysia sekaligus dikategorikan sebagai G7(7 gunung tertinggi). Ia terletak berhampiran dengan Banjaran Titiwangsa dan kedudukannya di tengah-tengah kelompok gunung-gunung lain menyebabkan ia sukar dilihat dari sudut bawah seperti di Pekan Sungai Siput mahupun Ipoh.
Terdapat banyak trek untuk dilalui bagi menuju ke puncak ini antaranya trek dari Kuala Mu, dari Gua Musang dan dari persimpangan trek gunung di sekitarnya. Puncak gunung ini memisahkan Mukim Nenggiri, Ulu Kelantan dengan Sg. Siput, Kuala Kangsar. Catatan suhu di puncak adalah serendah 13oC. Untuk mendaki gunung ini, trek dari Pekan Lasah di Sungai Siput menjadi pilihan kerana jaraknya lebih dekat, Ia adalah sebuah pekan kecil di Sungai Siput, Perak di mana khidmat 4WD mudah diperolehi disekitarnya.

Simple tentative:
*Khamis - bertolak dari umah masing2 ke Sg. Siput atau Medan Gopeng,Ipoh(info pd organizer kalo ade pape pertanyaan lanjut)

HARI PERTAMA,  Jumaat
7.30 pg – Bertolak dari Kg. Lasah ke Kg. Kuala Mu menaiki 4WD (4 jam layan 4x4 – tarian tak sengaja)
11.30 pg – Tiba di Kuala Mu, siap2 ape yg patut, guide bagi briefing then trus mendaki Bukit Taring (3jam)
2.30 ptg – Bukit Taring ke Kem Hajat 14
3.3o ptg – tiba di Kem Hajat 14, rest jap then baru gerak ke Kem Agas
4.30 ptg – dijangka tiba di Kem Agas unt bermalam

HARI KEDUA,  Sabtu
8.30 pg – breakfast!! Dan bersiap!
9.30 pg – mula pendakian ke Last Waterpoint
1.00 ptg – sampai last waterpoint kte Lunch dlu then tanker air unt pakai di puncak
5.30 ptg – dijangka tiba di puncak Gunung Yong Yap (7110 ft)
6.30 ptg – setup penginapan dan makan malam!!
10.00 mlm – sesi berborak2 smbil layan angin puncak dibawah siling bintang bercahayakan bulan..syiokk woo…hehe!

HARI KETIGA,  Ahad
6.45 pg – sesi negaraku..wakaka!tak de lah, sesi meninjau sunrise la..jgn lupe bwk Camera cecantik yer!!Yong Yap is one of top5 beautiful view of mountain!!
8.30 pg – sesi ber’Kostum’!! ni la yg ditunggu2!!hehe..bwk la kostum kgemaran korang..nak jadi atromen ke, power ranger ke, takpun spiderman ke..tak kurang gak ade yg nak jadi superman?alamak!!??=P
10.30 pg – selesai breakfast, selesai berkemas, selesai segalanya…mari pulang!!
5.00 ptg – di jangka sampai dibawah (Kuala Mu)
5.30 ptg – sesi bergambar dgn anak2 orang asli dan bersiap unt pulang
6.00 ptg – 4x4 bawa kita keluar

Ken - 019-451 8380
Fizal - 012-368 1790
Muz's - 012-531 7141

atau email : krekokei@yahoo.com
Silver Outdoor Sports
NO ONE LEFT BEHIND
_________________
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding??
Contact Silver Outdoor Sports