GUNUNG BUBU, KUALA KANGSAR - 5437 ft

/////////////////////// PENGENALAN 
Gunung Bubu merupakan salah satu gunung tertinggi di Daerah Kuala Kangsar, ia juga termasuk dikalangan 7 Gunung Misteri yang semakin hari dilupakan. Terdapat pelbagai flora dan fauna yang menjadi sumber rujukan bagi Jabatan Perhutanan dan Perhilitan selain dari keindahan alam semulajadinya sendiri. Sesuai dijadikan lokasi perkelahan kerana terletak di Hutan Lipur Ulu Kenas, dan mempunyai beberapa air terjun yang menjadi pilihan pendaki sebagai lokasi istirehat yang unik.

Bermula dari kaki gunung di Sungai Kenas, pendaki akan berjalan melalui trek balak lama selama 40 minit sebelum memasuki  simpang untuk menyusur ke Kem Sungai Ganding. 2 jam berjalan, pendaki dihiburkan dengan suasana sungai yang jernih dan ikan tengas yang jinak di Kem Sungai Ganding. Selalunya pendaki akan makan tengahari disini. Apa yang unik, terdapat sebuah batu di tengah-tengah sungai yang terbentuk menghala ke arah kiblat, bagi kaum muslimin, anda boleh menunaikan solat di atas batu ini.


Selesai makan tengahari, pendaki boleh terus ke Kem Tali yang terletak lebih kurang 3 jam dari kem tadi. Oleh kerana muka buminya sedikit mencuram, maka perjalanan boleh jadi sedikit lambat. Disini selalunya pendaki akan mendirikan khemah untuk tidur 1 malam.

Puncak Bubu terletak lebih kurang 3 ke 4 jam dari Kem Tali, terdapat sumber air terakhir 1 jam sebelum tiba di puncak. Puncak Gunung Bubu terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bubu Timur dan Bubu Barat. Kawasan kem di puncak Bubu sangat cantik dengan dihiasi lumut yang menghijau dan bunga orkid yang hanya hidup di kawasan puncak gunung. 

Pada malam hari, anda berkemungkinan akan terjumpa seekor musang yang suka berkeliaran di keliling khemah untuk mencari makan. Musang ini dikatakan telah lama menghuni di puncak tersebut. Admin sempat berjumpa 2 3 kali pada semasa bermalam di puncak, cuma jangan suluh mata dia supaya dia tidak rasa terancam. 



/////////////////////// DATA
Nama : Gunung Bubu
Ketinggian : 5,437 kaki @ 1,657 meter
Kawasan : Hutan Simpan Gunung Bubu, Kuala Kangsar, Perak
Kapasiti : 30 ke 60 orang dalam satu masa 
Gunung Sekitar : Gunung Puntung Asap, Gunung Arang Para

/////////////////////// JADUAL RINGKAS 3 HARI 2 MALAM
Hari 01 : 
Lokasi berkumpul adalah di perkarangan Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar.
08.00 am - Sarapan pagi & bersiap untuk mendaki
09.00 am - Melalui jalan balak(jalan tanah merah) menuju ke Pintu RImba. Alternatif lain adalah menggunakan khidmat 4WD sehingga loji TnB jimat 30 minit perjalanan.
10.00 am - Memulakan pendakian melalui Pintu Rimba.
12.00 pm - Rehat di Kem Sungai Gading, makan tengahari dan solat.
13.30 pm - Meneruskan perjalanan ke kem seterusnya.
16.30 pm - Dijangka tiba di Kem Tali, dirikan khemah.

Hari 02 :
08.00 am - Sarapan pagi disediakan.
09.00 am - Memulakan pendakian menaiki tebing tali.
10.30 am - Tiba di 'last waterpoint' ambil bekalan air.
11.30 am - Berjaya menawan puncak Gunung Bubu!
17.30 pm - Tiba semula di Kem Tali, bermalam dan sesi ugun api.

Hari 03 :
09.00 am - Turunkan khemah dan bersihkan kem.
09.30 am - Mula turun ke Kem Sungai Gading. 
11.00 am - Makan tengah hari.
15.30 pm - Dijangka tiba di Hutan Lipur Ulu Kenas, sesi berkelah dan mandi manda.
16.30 pm - Bersurai.

Tamat Program

/////////////////////// JADUAL RINGKAS 2 HARI 1 MALAM
Hari 01 : 
Lokasi berkumpul adalah di perkarangan Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar.
07.00 am - Sarapan pagi & bersiap untuk mendaki
08.00 am - Melalui jalan balak(jalan tanah merah) menuju ke Pintu RImba. Alternatif lain adalah menggunakan khidmat 4WD sehingga loji TnB jimat 30 minit perjalanan.
09.00 am - Memulakan pendakian melalui Pintu Rimba.
11.00 am - Rehat di Kem Sungai Gading, makan tengahari.
12.30 pm - Meneruskan perjalanan ke kem seterusnya.
15.30 pm - Dijangka tiba di Kem Tali
17.30 am - Tiba di 'last waterpoint' ambil bekalan air.
18.30 am - Berjaya menawan puncak Gunung Bubu!, dirikan khemah.

Hari 02 :
07.00 am - Matahari Terbit
08.00 am - Sarapan pagi dan berkemas pulang.
10.30 am - Tiba semula di Kem Tali.
12.00 pm - Tiba di Kem Sungai Gading, makan tengah hari.
16.30 pm - Dijangka tiba di Hutan Lipur Ulu Kenas, sesi berkelah dan mandi manda.
17.30 pm - Bersurai.

Tamat Program

/////////////////////// PENGURUSAN & LOJISTIK
Malim Gunung (MOUNTAIN GUIDE)
Permit Kebenaran Pejabat Hutan Daerah Kuala Kangsar, Perak
Laporan Balai Polis Kuala Kangsar
Kenderaan 4WD @ Van (jika perlu)

/////////////////////// GALERI